Sewaktu kecil saya sering berangan2 sambil tangan laju menoreh batang2 pokok getah. Saya paling benci bila digigit dan diganggu nyamuk yang jumlahnya tidak terkira banyak di kebun getah itu. Bayangkan juga busuknya bau getah beku yang saya perlu hidu sepanjang menjalankan tugas. Saya juga amat membenci ulat hijau yang melentik2 di atas dedaun dan ulat bulu yang melekatkan badannya di kulit pokok...Sekali melekat sehelai rerambutnya, kegatalanlah jawapannya hingga ke petang. Saya geli melihat ulat yang tidak berkaki. Lintang pukang saya dibuatnya jika terpegang atau ternampak ulat, cacing dan ular...
Sesekali saya juga akan terserempak dengan ular. Ular sawa ada, ular senduk ada, bahkan ada sekali tu saya hampir hilang nyawa bila mata saya bertembung dengan mata tajam ular tedung selar....Leper lehernya tegak sambil lidah bercabangnya terjuulur2 keluar memandang tepat ke wajah saya. Saya masih tidak dapat mengingat apa yang saya lakukan hingga saya masih hidup tanpa dipatuk oleh ular hebat itu....Yang lekat dalam fikiran saya ialah saya terus melompat ke atas basikal dan mengayuhnya selaju2nya...dan itulah hari terakhir saya sebagai penoreh getah.
Kebencian yang meluap2 terhadap nyamuk, ulat, ular, cacing, semak, bau busuk memerang, bau busuk getah beku dan wajah comot menjadikan saya seorang anak gadis yang penuh dengan impian. Saya impikan kehidupan yang bukan berkisar dengan kebun getah, tanah becak, kampung dan segala yang berkaitan dengannya. Saya mahu jadi orang pandai, saya mahu jadi orang kaya, saya mahu jadi orang bandar. Saya ingin memiliki dari dimiliki. Saya ingin mengarah dari diarah. Saya mengharap bulan jatuh ke riba....
Sepanjang perjalanan yang penuh berliku, saya berjaya mencapai sebahagian dari cita-cita saya. Namun, ianya terhenti seketika. Dalam sungguh gaung yang saya terpaksa saya terjuni. Saya terhempas ke tanah, atas nama cinta, dan saya ingat bunyinya... berdepek....Flat. Zero hope. Dalam tangis sendu diiringi senyum sinis dan tawa ria sahabat2 dan saudara2, saya cari cebisan diri saya yang telah berkecai, saya cari tapak untuk saya dirikan kaki yang menggigil2, saya berjalan ke depan dalam keadaan terdengkut2; tempang dan cacat...Senyuman tiada lagi terukir di wajah. Yang ada hanya kemahuan untuk terus hidup. Diri saya hilang sama sekali, direntap sekuat hati oleh keadaan....Saya jadi manusia yang bukan saja pekak dan bisu, bahkan saya juga buta....Tidak mampu melihat dengan kepala, hanya melihat dengan mata. Tidak mampu berkata dengan hati, hanya berkata dengan mulut. Tidak mahu mendengar dengan akal, hanya mendengar dengan telinga.
Saya menyusur semula jalan2 yang pernah saya susuri sebelum itu. Saya kutip kekuatan dari kasih sayang yang masih bersisa. Saya redah jalan yang ada di depan mata saya tanpa berfikir kesudahannya. Mimpi? Saya tidak pernah lagi bermimpi. Saya lupa bagaimana untuk bermimpi. Seringkali juga saya terlupa bagaimana untuk tersenyum....
Saya membanting tenaga untuk merealisasikan impian manusia lain. Saya semakin menjadi tikus yang mengejar makanan yang diacah2 di depan mukanya. Jika makanan itu kelihatan jauh, saya mula merasa gerun memikirkan kemungkinan saya kehilangannya. Saya juga telah berjaya memerangkapkan diri saya sendiri di dalam perangkap sang tikus. Saya tidak lagi boleh keluar sesuka hati saya. Saya perlu terus bertahan, kerana akibatnya amat buruk jika saya keluar...bagaimana itu dan bagaimana ini?
Aaaahhhh!!!! Sinar sang Suria 2010 bakal menampakkan wajah dua hari lagi. Apakah saya mesti terus menjadikan diri saya begini? Entah mengapa, hari ini saya tiba2 teringat semua impian yang telah saya bina seawal kehidupan saya, anak petani kampung yang hidup dengan membantu ibunya menoreh getah...Apa yang perlu saya lakukan untuk mereliasasikan impian saya itu? Terus menjadi tikus? Atau manusia yang memegang makanan di hadapan wajah si tikus?
Tuesday, December 29, 2009
Thursday, December 24, 2009
Passive Income
Saya bersembang dengan Albert pagi tadi. Albert seorang banker, punya sebuah syarikat dan dalam masa sama amat aktif dengan MLM.
Sebelum itu, saya sedang cuba menghabiskan buku "Rich Dad Poor Dad". Saya dapat selami objektif Albert dalam menjayakan misinya. Beliau mengambil buku tulisan Robert Kiyosaki sebagai panduannya.
Apa yang Robert katakan? Antaranya:
1. Seorang pekerja menghabiskan gaji 4 bulan pertama membayar cukai kepada kerajaan (30%).
2. Seorang pekerja membayar bank untuk wang rumah dan kereta menggunakan 4 bulan gaji mereka.
3. Seorang pekerja hanya ada 4 bulan gaji untuk disimpan, dimakan dan dihabiskan untuk berhibur.
Albert tanya saya:
Apa yang saya buat dengan kolum "Business Income" dalam borang B LHDN?
Saya kata: I don't have any business income. I only have employment income.
Sambil tersenyum Albert kata:
"My business suffers lost every year. I expense off everything - my travelling, my house, my car, my entertainment etc so that the company suffers loss. Then I add the losses to my employment income. Since I've paid my income tax via PCB, every year LHDN has to repay me due to excess PCB".
Wow! I am amazzed!
Albert ada 3 orang anak - seorang belajar di Manipal dan seorang belajar di Australia. Dia habiskan lebih RM1 juta untuk pengajian anak2nya.
Saya pesan pada anak2 saya: Dapat at least 6A SPM so that boleh masuk IPTA dan bayar fees sikit. Paling bagus kalau boleh dapat scholarship!
Saya rasa macam kena hempuk lepas sembang dengan Albert. The rich becomes richer. The poor like me pay tax out of gross income. The business people pays tax after all expenses.
The moment si miskin dapat duit lebih sikit, mula terfikir nak tukar kereta dan beli rumah besar lagi: ambik loan baru. Si kaya beli kereta dan rumah melalui aset yang mereka ada: tunai. Duit yang mereka kumpul tak keluar selagi tidak menghasilkan lebih banyak duit.
Albert juga berkongsi tentang passive income yang diperolehi melalui MLM. Berapa dia dapat? Terbeliak biji mata saya bila saya dengar pendapatan beliau. Ada seorang yang amat kami kenali menerima bonus tahunan sebanyak RM2juta on top of apa yang perolehi setiap bulan, tidak kurang dari RM150 ribu. Dia dah pencen, tidak lagi membina network atau menjual barangan, tapi dia masih menikmati pencennya. Umur beliau 67 tahun. Kelulusan: Darjah 3.
Saya akan habiskan buku yang sedang saya baca dan saya akan kongsikan apa yang telah saya pelajari, apa yang saya lakukan dan apa yang saya perolehi.... Thank You Allah...Thank You Allah.....

Tuesday, December 22, 2009
Mengaji Quran - Sikit2 lama2 jadi bukit
Saya jarang mengaji secara konsisten. Walaupun khatam Quran pada usia 9 tahun, saya mengaji ikut keadaan. Selalunya tak rajin.
Kehidupan saya penuh dengan ranjau. Tapi entah dari mana datangnya kekuatan, saya berjaya melalui semua ranjau yang hadir dan masih teguh berdiri.
Selalunya saya mengaji bila hati saya susah atau bila saya mulakan azam baru. Lepas tu, saya lupa langsung nak teruskan bacaan saya.
Satu hari, saya baca kisah seorang manusia yang macam saya, dan berazam untuk khatam Quran ketika menunaikan Haji. Saya memang berharap dapat tunaikan Haji tahun 2010.
Saya ada beberapa naskhah Quran. Tak ada satu pun yang saya beli sendiri. Semuanya orang hadiah. Ada satu tu amat saya sayang kerana tulisannya besar2, macam Quran yang saya guna masa ngaji dengan Arwah Wak Ramli dulu.
Lalu, pada 12 Disember lalu, saya mulakan perjalanan saya. Saya tanamkan azam untuk khatam Quran sebelum saya berangkat ke tanah suci.
Biarpun dah lama tak mengaji, saya akan mulakan hari saya dengan Surah Al Mathsurat. Jadi, tidaklah jugak merangkak2 saya nak baca.
Mula2 saya habiskan 2 Ain. Lepas tu, saya kejar juzuk pertama. Kini, alhamdulillah, selepas 11 hari, saya telah sampai juzuk 9+.
Apa perasaan saya apabila saya mula mengaji? Walaupun hati saya jadi tenang, tapi sayu. Saya mula rasa susah sangat. Macam2 beban yang saya pikul. Otak saya serabut. Dada saya sentiasa berdebar2.
Satu demi satu masalah timbul. Dari hal pejabat, hingga hal keluarga dan peribadi. Saya jadi benci dengan semua yang saya lakukan.
Tapi, saya terus lawan. Saya makin rajin mengaji. Saya makin nekad untuk khatam Quran, buat kali pertama selepas lebih 30 tahun.
Hari ini, saya sedar yang saya sudah lama tidak tersenyum. Saya perasan ketika saya melihat seorang ayah, ibu dan anak kecil, keluar dari rumah setinggan yang usang, sambil berjalan di celah2 lopak air yang kotor, namun wajah mereka mempamerkan senyuman ikhlas yang cukup manis.
Saya yang duduk dalam kereta besar, yang dipandu oleh pemandu, tersedar bahawa sanya saya sudah lama tidak tersenyum!
Apa maksudnya?

Monday, December 21, 2009
First Day as Myra
Hai...this is the first time I use this name. I am not Myra, as a person, but in writing, I am Myra.
I am an international devoted Muslim, born in a faraway land, and love life as it is. I like to travel, I like challenges, I like to learn new things and I like to love and be loved.
Life has not been easy for me. Hopefully 2010 will bring happiness that I have been longing this far.

Subscribe to:
Posts (Atom)