Tuesday, December 22, 2009

Mengaji Quran - Sikit2 lama2 jadi bukit

Saya jarang mengaji secara konsisten. Walaupun khatam Quran pada usia 9 tahun, saya mengaji ikut keadaan. Selalunya tak rajin.

Kehidupan saya penuh dengan ranjau. Tapi entah dari mana datangnya kekuatan, saya berjaya melalui semua ranjau yang hadir dan masih teguh berdiri.

Selalunya saya mengaji bila hati saya susah atau bila saya mulakan azam baru. Lepas tu, saya lupa langsung nak teruskan bacaan saya.

Satu hari, saya baca kisah seorang manusia yang macam saya, dan berazam untuk khatam Quran ketika menunaikan Haji. Saya memang berharap dapat tunaikan Haji tahun 2010.

Saya ada beberapa naskhah Quran. Tak ada satu pun yang saya beli sendiri. Semuanya orang hadiah. Ada satu tu amat saya sayang kerana tulisannya besar2, macam Quran yang saya guna masa ngaji dengan Arwah Wak Ramli dulu.

Lalu, pada 12 Disember lalu, saya mulakan perjalanan saya. Saya tanamkan azam untuk khatam Quran sebelum saya berangkat ke tanah suci.

Biarpun dah lama tak mengaji, saya akan mulakan hari saya dengan Surah Al Mathsurat. Jadi, tidaklah jugak merangkak2 saya nak baca.

Mula2 saya habiskan 2 Ain. Lepas tu, saya kejar juzuk pertama. Kini, alhamdulillah, selepas 11 hari, saya telah sampai juzuk 9+.

Apa perasaan saya apabila saya mula mengaji? Walaupun hati saya jadi tenang, tapi sayu. Saya mula rasa susah sangat. Macam2 beban yang saya pikul. Otak saya serabut. Dada saya sentiasa berdebar2.

Satu demi satu masalah timbul. Dari hal pejabat, hingga hal keluarga dan peribadi. Saya jadi benci dengan semua yang saya lakukan.

Tapi, saya terus lawan. Saya makin rajin mengaji. Saya makin nekad untuk khatam Quran, buat kali pertama selepas lebih 30 tahun.

Hari ini, saya sedar yang saya sudah lama tidak tersenyum. Saya perasan ketika saya melihat seorang ayah, ibu dan anak kecil, keluar dari rumah setinggan yang usang, sambil berjalan di celah2 lopak air yang kotor, namun wajah mereka mempamerkan senyuman ikhlas yang cukup manis.

Saya yang duduk dalam kereta besar, yang dipandu oleh pemandu, tersedar bahawa sanya saya sudah lama tidak tersenyum!

Apa maksudnya?

4 comments:

  1. Salam Myra,
    Kebahagiaan bukan terletak pada wang ringgit, juga bukan pada rupa dan gaya. Renung2kan lah.

    ReplyDelete
  2. Salam sis...

    Benar kata PakZabs tu.

    Semenjak hidup dengan kanser di dlm diri saya sudah faham apa itu erti bahagia yg terbit bukan dari kedudukan, pangkat dan byk mana wang ringgit kita... kasih sayang Allah begitu melimpah ruah, hati juga jadi tenang, hilang cemburu pada teman yg bergaji besar dan berpangkat tinggi...

    ReplyDelete
  3. I know who my true friends are... Thanks a lot.

    ReplyDelete
  4. Selagi allah sayangkan kita, selagi itulah Dia akan menguji kita. Syukur di atas segala yang dikurniakanNya.

    ReplyDelete