Thursday, December 24, 2009

Passive Income

Saya bersembang dengan Albert pagi tadi. Albert seorang banker, punya sebuah syarikat dan dalam masa sama amat aktif dengan MLM.

Sebelum itu, saya sedang cuba menghabiskan buku "Rich Dad Poor Dad". Saya dapat selami objektif Albert dalam menjayakan misinya. Beliau mengambil buku tulisan Robert Kiyosaki sebagai panduannya.

Apa yang Robert katakan? Antaranya:

1. Seorang pekerja menghabiskan gaji 4 bulan pertama membayar cukai kepada kerajaan (30%).
2. Seorang pekerja membayar bank untuk wang rumah dan kereta menggunakan 4 bulan gaji mereka.
3. Seorang pekerja hanya ada 4 bulan gaji untuk disimpan, dimakan dan dihabiskan untuk berhibur.

Albert tanya saya:

Apa yang saya buat dengan kolum "Business Income" dalam borang B LHDN?

Saya kata: I don't have any business income. I only have employment income.

Sambil tersenyum Albert kata:

"My business suffers lost every year. I expense off everything - my travelling, my house, my car, my entertainment etc so that the company suffers loss. Then I add the losses to my employment income. Since I've paid my income tax via PCB, every year LHDN has to repay me due to excess PCB".

Wow! I am amazzed!

Albert ada 3 orang anak - seorang belajar di Manipal dan seorang belajar di Australia. Dia habiskan lebih RM1 juta untuk pengajian anak2nya.

Saya pesan pada anak2 saya: Dapat at least 6A SPM so that boleh masuk IPTA dan bayar fees sikit. Paling bagus kalau boleh dapat scholarship!

Saya rasa macam kena hempuk lepas sembang dengan Albert. The rich becomes richer. The poor like me pay tax out of gross income. The business people pays tax after all expenses.

The moment si miskin dapat duit lebih sikit, mula terfikir nak tukar kereta dan beli rumah besar lagi: ambik loan baru. Si kaya beli kereta dan rumah melalui aset yang mereka ada: tunai. Duit yang mereka kumpul tak keluar selagi tidak menghasilkan lebih banyak duit.

Albert juga berkongsi tentang passive income yang diperolehi melalui MLM. Berapa dia dapat? Terbeliak biji mata saya bila saya dengar pendapatan beliau. Ada seorang yang amat kami kenali menerima bonus tahunan sebanyak RM2juta on top of apa yang perolehi setiap bulan, tidak kurang dari RM150 ribu. Dia dah pencen, tidak lagi membina network atau menjual barangan, tapi dia masih menikmati pencennya. Umur beliau 67 tahun. Kelulusan: Darjah 3.

Saya akan habiskan buku yang sedang saya baca dan saya akan kongsikan apa yang telah saya pelajari, apa yang saya lakukan dan apa yang saya perolehi.... Thank You Allah...Thank You Allah.....

No comments:

Post a Comment