Friday, January 8, 2010

Sahabat

Sahabat saya tak ramai. Kawan saya melambak2.

Antara sahabat yang saya ada ialah Ginny. Dia cantik, kaya dan bergaya. Dia baik, tapi satu je kurangnya dan lebihnya dia... lurus bendul.

Ginny selalu kena buli dengan Jaafar. Saya sebagai Aladdin, kesian sangat kat Ginny, tapi sebab Ginny ni lurus bendol, apa je yang orang bagitau kat dia, dia ingatkan betul. Sakit hati dibuatnya.

Lama dah Ginny ni jadi kawan saya. Entah kenapa dia boleh percaya kata2 orang pasal saya kat dia. Saya ni pulak, ke mana jugak saya pegi, mesti ada orang tak suka. Mesti ada orang nak jatuhkan saya. Bukannya saya ni pandai ke, seksi ke, kaya ke... saya cuma cari makan je. So, si Ginny pun menjauhkan diri dari saya dan berkerat rotan dengan saya tanpa saya tahu apa sebabnya.

Selepas berbulan Ginny tak pandang muka saya pun, tadi saya tegur dia dan tawarkan dia sesuatu. Saya memang tak ada prasangka kat Ginny. Saya langsung tak perjudis dengan dia. Saya anggap dia ni bodoh sebab tak tau bezakan yang benar dan yang salah...

Akhirnya, di hadapan saya, berderai airmata Ginny menceritakan kisah benar. Rupanya Jaafar sudah memfitnah saya cukup2 kow punya. Aduhai...sedihnya saya tak terkata. Tapi, saya boleh sabarkan diri dan buat as though tak de apa2. Malas nak layan benda2 bodoh ni. Tuhan kan ada?

Ginny peluk saya dan mohon maaf atas apa yang berlaku. Dia juga mengaku yang sang Raja amat mempertahankan saya. Malangnya, saya kena tempuh tohmahan dan hinaan, serta prasangka dan prejudis sebelum kebenaran terbongkar....Ahhh... cabaran Nabi Yusuf lagi banyak...hingga terpenjara. begitu juga Hassan Al Banna, Gandhi, mandela, DSAI... hampir kesemua pemimpin agung difitnah tanpa belas kasihan. Namun mereka tetap gagah. Tapi, saya ni hanya manusia biasa yang lemah, hina dan miskin....

Sahabat saya yang sebenar adalah mereka yang menerima saya seadanya....

(Kisah ini saya tulis sambil menonton movie Aladin di Disney Channel...)

2 comments:

  1. Dear Kak Su,
    I baru abis baca semua entry u dlm blog baru ni...teruskan menulis,remember that u always have me as your fan.. and I wish to b your sahabat dunia dan akhirat..
    ternyata kita byk persamaan..masa kecil yg serba kekurangan mbuat kita bertekad utk berjaya dlm pelajaran dan kerjaya..
    hidup saya pun penuh liku..puncanya munkin sebahagian besarnya kerana kejahilan diri saya sendiri hingga membiarkan diri teraniaya...
    kerana itu dgn membaca blog insan2 lain,minda saya lebih terbuka dan tidak rasa keseorangan..ternyata ada banyak sebab dan cara utk kita improve our self..
    semoga 2010 membawa lebih rahmat buat kita semua..Insyallah.

    regards,
    ms.legolas@nroha

    ReplyDelete
  2. Thanks Roha...sahabat sejati adalah yang menerima saya seadanya....

    ReplyDelete