Thursday, April 22, 2010

Langkah pertama

Hari ini, saya dan Boss ke pejabat Principal untuk menandatangani perjanjian. Syarikat kami di India telah dilantik menjadi 'reseller' kepada produk ini bagi India dan Arab Saudi. Alhamdulillah.

Kami bersyukur di atas nikmat dan rezeki yang Allah beri kepada kami. Semuanya ini datang dari Dia.

Bermula hari ini, kami berdua dan dua lagi sahabat telah memulakan langkah pertama dalam perniagaan global kami. Mudah-mudahan Tuhan memberi kami rezeki yang berlipat kali ganda di hari-hari mendatang.

Saya juga mendapat kunjungan email sahabat yang menghulurkan cadangan.... Saya akan meneliti kertas cadangan dan memikirkan strategi yang perlu diambil.

Perjalanan saya baru bermula. Perjalanan yang akan menukar status seorang pekerja kepada seorang ahli perniagaan. Permudahkan Ya Allah...

2 comments:

  1. Dari hati yang tulus dan ikhlas Pak Man doakan semoga anda berdua akan berjaya......aminnn.

    ReplyDelete
  2. Mudah-nudahan tercapai segala yg dihajat

    ReplyDelete