Monday, April 12, 2010

Peluang

Kalau diikutkan, dia tidak berpeluang menyertai tournament ragbi MSSS tahun ini kerana tulang bahunya patah Januari lalu dan dinasihatkan supaya berehat selama sebulan.

Takdir Tuhan, tournament ragbi MSSS ditunda dari bulan Februari-Mac ke April. Seronok sakan dia kerana dapat turut serta dalam permainan yang amat digemarinya. Setiap petang dia turun berlatih, tanpa jemu dan penuh dedikasi. Setiap Sabtu dia menyertai perlawanan, dan pulang dengan kejayaan demi kejayaan.

Semalam, dia memaklumkan yang bootnya koyak dan perlu yang baru. Dengan 'sedih', saya bawa dia ke kedai sukan. Saya beritahu dia tentang peluang yang Tuhan beri padanya. Saya mahu dia rebut tempat untuk mewakili daerah untuk peringkat negeri nanti. Saya kupas satu persatu turutan peristiwa - betapa dia diberi kemudahan untuk memperolehi kejayaan: yang perlu dia lakukan adalah - ambil peluang.

Sebagai manusia, kita sering alpa tentang peluang yang datang. Kita tidak pernah mahu menggunakan 'analytical mind' yang Tuhan kurniakan kepada kita untuk mengkaji kejadian yang berlaku. Kita tidak nampak peluang di depan mata. Kita tidak endahkan peluang yang selalunya hanya datang sekali seumur hidup...

2 comments:

  1. Orang yang cekap merebut peluang macam ini lah yang selalunya akan berjaya.
    Pak Man ni entah laa........

    ReplyDelete
  2. Pak Man telah merebut peluang untuk mengorbankan diri bagi memberi kehidupan yang lebih baik buat anak2 kampung yang Pak Man besarkan. Bukan semua dapat melakukannya!

    ReplyDelete